Saya sangsi dengan kata-kata there's always a rainbow after each rain.
Iyalah, saya berbulankan Aquarius, jadi saya faham kejadian pelangi. A rainbow is a multicolored arc made by light striking water droplets, meaning it also can happen without the needing of a raining phenomenon. Saiz titisan air juga memainkan peranan dalam pembentukan pelangi yang sempurna.
Semalam, saya ada bermimpi dengan sangat visual setelah berapa lama tidak bermimpi. Dalam mimpi itu, hujan turun membasahi permukaan tanah di sebuah rumah saya dulu. Saya juga nampak satu sosok badan budak yang saya cam, dia berdiri di sebalik pintu kaca rumah. Anehnya, pintu itu tidak sama seperti pintu rumah saya dahulu yang cuma kayu lusuh dan warna kebiruan yang kian pudar seingat saya.
Saya jalan ke arah rumah itu lalu bertanya, "Boleh saya masuk?" Sosok itu pandang dan geleng-geleng kepala dia. Saya tanya lagi, "Why not?” Dia diam dan terus berdiri di sebalik pintu rumah yang berkunci itu. Saya tanya lagi, "Mana mama sama bapa?" Tiba-tiba dia menangis.
Saya mula rasa risau, jadi saya tendang itu pintu supaya dapat pecahkan tombol pintu. Tetapi sudah berkali-kali, itu pintu tetap berkunci, seolah-olah pintu itu telah di-hex. Apabila hujan semakin surut, tangisan budak itu semakin perlahan.
Saya cakap, "Keluarlah kalau mau tengok pelangi." Kici (front) and her son, Tikus (back).
Dia unlock pintu dan berdiri di sebelah saya sambil memerhatikan pelangi, dengan penuh excitement dia bilang, "Uiyo, besok masih ada kah ni?"
Saya terbangun dari mimpi sebab ada hajat mahu dilepaskan ke dalam mangkuk tandas. Sepanjang melepas, saya berfikir tentang mimpi tadi. Kenapa budak tadi nangis bila ditanya tentang keberadaan mama bapa dia? Mana mama bapa dia? Apa dia buat berdiri di sebalik pintu rumah tadi? Kenapa dia tanya besok masih ada pelangi atau tiada?
I'm finding myself responding to each and every question that emerges when I go through my thoughts. Tapi ada satu soalan yang saya tidak dapat rungkaikan.