Cover photo for Connor Apulai
There was a time when that place felt like home to me. And even though not everything can be explained or understood, it doesn’t make it less meaningful. Some things stay with you, even after you’ve left them behind. I’m still learning how to hold both things at once, what was, and where I am now. And I carry it all with me, quietly, in my own way.
Read newest post →

More recent posts

#5 Katakan "tidak" kepada hubungan tidak sihat.

Semalam saya ada bertanya, adakah hujan hari ini sengaja turun untuk memujuk hati yang baran dan kecewa selama seribu hari lalu yang berterusan? Begitu juga dengan kenalan baharu saya. Adakah kenalan ini berperanan untuk mengajar saya memansuhkan perasaan stigma saya terhadap manusia yang lain? Memori saya membesar dengan kaum lelaki dulu sentiasa terasa pahit. Dinding rumah menjadi saksi kepada penderaan yang terjadi, lantai-lantai dapur menjadi keselesaan bontot para mangsa, television menjadi penonton pada setiap pergaduhan, anak-anak kecil menjadi Bob the builder dengan membina tembok besar di bilik mereka. Dari semua konflik yang berlaku, si pemangsa mesti seorang lelaki. Yang memukul, yang menghina, yang menipu, yang meninggalkan, yang mencurangi, yang melupakan, yang memprovokasi, yang menyakiti, yang memanipulasi dan yang paling menunggang agama. Hari ini kau memukul, besok kau nyanyi lagu Tuhan menyembah dia. Cukuplah dengan pemakanan dan rutin tidur yang tidak sihat, jangan tambah hubungan yang tidak sihat. Proses pemulihan saya dari segala sakit dulu-dulu masih jauh perjalanan dia. Saya hargai kawan-kawan saya hari ini yang sentiasa terbuka untuk perbualan tentang topik kesihatan mental, perasaan and life in general. Perbualan kritikal begini lah yang tolong saya tengok dari aspek yang berbeza untuk buat keputusan dalam hidup. Yalah, siapa yang mahu rugi dalam hidup kan? Anyways! I've been practicing grounding techniques lately. Mahu bawa diri bertenang sebentar sebelum memulakan kerja, bacaan, dan aktiviti yang menggunakan otak 🧠. Selain bernafas 3-4-7 dan duduk melutut, saya juga ikut HUSH Collective organising Community Drum Circle. Marilah join! 🤠🗣️  
Read more →

#4 Rumah kamu sekarang macam mana?

Saya ada soalan untuk kamu. Besarkah saiz pintu rumah kamu?Kawan saya pernah cakap, saiz pintu rumah seseorang menentukan kekayaan seseorang. Pasti banyak yang mengendahkan statement kawan saya ini, lagi-lagi mereka yang benar ada saiz pintu rumah besar. Tapi saya tidak mahu kupas banyak pasal kekayaan sebab saya tidak pernah ada ia, yang saya ada adalah rumah. Bila bercakap pasal rumah, saya sentiasa anggap rumah adalah subjektif. Rumah yang saya diami mungkin berbeza dari orang ramai atau mungkin ada yang hampir sama, but like kak Ariana kita pernah nyanyi, "almost is never enough" untuk sama 100%.  Rumah bagi saya tidak semestinya satu tempat fizikal atau bahkan tiada definisi tetap yang dapat saya pakai untuk describe apa itu Rumah. Sini saya ada cerita. Pada suatu hari, seorang kaunselor bertanya pada beberapa clientnya, "Rumah kamu sekarang macam mana?" Finley, budak 7 tahun menulis,  'Rumah saya ada bau arak sama bunyi orang berparti setiap malam sampailah bulan mati ditelan oleh bangunan sebelah rumah saya. Rumah saya sempit dan kalau kau salah langkah, kau mungkin kena kejar dan tempat bertapuk paling bagus adalah di bawah singki supaya tidak kena ciuman pedas hanger pakaian.' Skyler, remaja 13 tahun menulis, 'I have a lot of Homes. In the morning, my Home got a lot of mosquitoes and chickens screaming angrily at me to wake me up to get ready for school. At noon, my Home is haunted because of the bad odour that's coming from the walls and toilet. In the evening, my Home is racing on the road while I play a judge, listening to arguments from two parties to decide who is more logical and hurt. At night, my Home is a box where I will look at the wall while thinking about the thousand and one feelings I feel about my body and my existence.' Koh, remaja 16 tahun menulis, 'Rumah saya sentiasa ada perang. Tapi untuk berperang kau tidak perlukan senjata hebat, cukup dengan mulut dan hati yang busuk. But to stay alive in this war, you need to learn how to be a mind reader.' Chelle, remaja 17 tahun menulis, 'Rumah saya adalah tempat di mana saya tidak dibenarkan untuk ada pendapat dan fikiran sendiri. Rumah saya adalah perasaan dimana "selamat", "gembira" dan "selesa" tidak tersenarai. Rumah saya adalah dimana saya menulis tentang keinginan untuk pulang rumah tapi rumah mana satu yang saya mahu pulang pun tidak pasti.' Joseph, pemuda 19 tahun menulis, 'Saya menghuni di Rumah orang sebab ada tempat kosong dan cinta hati percuma yang saya dapat setiap hari. Tapi jauh dalam lubuk hati, saya rasa saya tidak mahu tinggal di sini lama-lama untuk meminta sedekah kasih.' [OldRoll_1690102397807.jpg]Clark, pemuda 20 tahun menulis, 'What the frick is Home when nowhere and nothing feels right? Fock this question. Fok you. I want to DIEEEEEEEE33333. Jesper, pemuda 22 tahun menulis, 'Rumah saya sekarang sangat selesa. Ia tiada pintu besar, tapi ada kasih dan sayang yang cukup dan ikhlas. Ia tidak cepat menghakimi, tapi mahu memahami dan menerima. Ada lagu rock, metal, pop, jiwang dan lo-fi bermain setiap hari. Tidak banyak manusia, tapi cukup hiburan. Ada benda baharu yang saya belajar di sini, ada perasaan baharu yang saya rasa, ada bau baru yang saya ingat, ada ritual baru yang saya praktis, dan ada ruang untuk saya tarik nafas dan hembus nafas sepanjang mana saya perlu. Kaunselor tadi cuma senyum dan terhibur membaca jawapan dari clientnya lalu bersiap untuk tidur. Keesokan pagi sewaktu dalam perjalanan pergi kerja, dia sedar dia terlupa untuk bawa buku yang dia baca semalam. Bila tiba di bilik kaunseling, seorang nurse pass buku report kliennya. Kaunselor tersebut hairan kerana dia ingat buku semalam yang dia baca sebelum tidur adalah buku report kliennya. Jadi buku siapa yang dia baca semalam?
Read more →

#2 Besok masih ada.

Saya sangsi dengan kata-kata there's always a rainbow after each rain. Iyalah, saya berbulankan Aquarius, jadi saya faham kejadian pelangi. A rainbow is a multicolored arc made by light striking water droplets, meaning it also can happen without the needing of a raining phenomenon. Saiz titisan air juga memainkan peranan dalam pembentukan pelangi yang sempurna. Semalam, saya ada bermimpi dengan sangat visual setelah berapa lama tidak bermimpi. Dalam mimpi itu, hujan turun membasahi permukaan tanah di sebuah rumah saya dulu. Saya juga nampak satu sosok badan budak yang saya cam, dia berdiri di sebalik pintu kaca rumah. Anehnya, pintu itu tidak sama seperti pintu rumah saya dahulu yang cuma kayu lusuh dan warna kebiruan yang kian pudar seingat saya. Saya jalan ke arah rumah itu lalu bertanya, "Boleh saya masuk?" Sosok itu pandang dan geleng-geleng kepala dia. Saya tanya lagi, "Why not?” Dia diam dan terus berdiri di sebalik pintu rumah yang berkunci itu. Saya tanya lagi, "Mana mama sama bapa?" Tiba-tiba dia menangis. Saya mula rasa risau, jadi saya tendang itu pintu supaya dapat pecahkan tombol pintu. Tetapi sudah berkali-kali, itu pintu tetap berkunci, seolah-olah pintu itu telah di-hex. Apabila hujan semakin surut, tangisan budak itu semakin perlahan.  Saya cakap, "Keluarlah kalau mau tengok pelangi." Dia unlock pintu dan berdiri di sebelah saya sambil memerhatikan pelangi, dengan penuh excitement dia bilang, "Uiyo, besok masih ada kah ni?" Saya terbangun dari mimpi sebab ada hajat mahu dilepaskan ke dalam mangkuk tandas. Sepanjang melepas, saya berfikir tentang mimpi tadi. Kenapa budak tadi nangis bila ditanya tentang keberadaan mama bapa dia? Mana mama bapa dia? Apa dia buat berdiri di sebalik pintu rumah tadi? Kenapa dia tanya besok masih ada pelangi atau tiada? I'm finding myself responding to each and every question that emerges when I go through my thoughts. Tapi ada satu soalan yang saya tidak dapat rungkaikan.  Kenapa kita bermimpi diri kita yang dulu? 
Read more →

#1 Hello

Saya selalu notice benda kecil yang orang akan lupa. Bagi saya benda kecil yang orang terlepas pandanglah yang membuatkan hidup lebih bermakna atau sebaliknya. Contohnya, raut wajah orang bila dia marah kita, bau masakan mama saya di waktu hujan, kerak pada tapak jari kawan saya, atau saiz anak mata seseorang bila dia bercakap tentang sesuatu topik. Tetapi walaupun banyak benda kecil yang saya perasan, masih banyak "benda" besar yang saya terlepas atau tidak dapat fahami.  Contohnya, orang yang bercakap secara sarkastik. I always see the good in everyone, sampailah satu masa saya sendiri yang merana. Not sure if this is consider as being people pleaser, because I was raise in a environment that selalu buat konklusi tentang sesuatu dan cenderung ke arah negatif. Hmm, maybe it is people pleaser's behaviour which manifested from it. Ha ha ha. Well I don't know and I'm not sure. But I am certainly still learning and unlearning a lot of things in life. Satu benda yang saya belajar baru-baru ini adalah penulisan. Merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka, definisi penulisan merupakan perihal atau kegiatan menulis dan hasil daripada menulis. Dari kecil, saya menggunakan tulisan sebagai satu medium untuk saya release stress. Meluahkan semua perasaan dan emosi saya pada setiap permukaan buku latihan Rm1. Buku itu seperti sudah menjadi ruang selamat for my mind and emotion.  Until one day the space was invaded by the person who I trusted the most and then judged me for all the words that I put in the book. Being a foolish kid of me, I blame everything on myself and every words that I wrote. Sekarang sudah lain. As far as I know, manusia berubah mengikut informasi yang mereka dapat. I learned a lot from my circle in the past months that writing can be anything. Dia boleh berbentuk puisi, nota kecil, quotes, surat, artikel, fiksyen, haiku, dan sebagainya. I actually love writing notes, sebab saya tahu saya dapat express myself dengan cara yang mungkin saya tidak selesa untuk buat. If you are wondering what kind of writing I do, kamu boleh subscribe postcard saya. Nanti kamu akan dapat email daripada tulisan saya sekali seminggu atau sebulan, hehe! 🤞
Read more →