Semalam saya ada bertanya, adakah hujan hari ini sengaja turun untuk memujuk hati yang baran dan kecewa selama seribu hari lalu yang berterusan?
Begitu juga dengan kenalan baharu saya. Adakah kenalan ini berperanan untuk mengajar saya memansuhkan perasaan stigma saya terhadap manusia yang lain?
Memori saya membesar dengan kaum lelaki dulu sentiasa terasa pahit. Dinding rumah menjadi saksi kepada penderaan yang terjadi, lantai-lantai dapur menjadi keselesaan bontot para mangsa, television menjadi penonton pada setiap pergaduhan, anak-anak kecil menjadi Bob the builder dengan membina tembok besar di bilik mereka. Dari semua konflik yang berlaku, si pemangsa mesti seorang lelaki. Yang memukul, yang menghina, yang menipu, yang meninggalkan, yang mencurangi, yang melupakan, yang memprovokasi, yang menyakiti, yang memanipulasi dan yang paling menunggang agama. Hari ini kau memukul, besok kau nyanyi lagu Tuhan menyembah dia.
A blue stuffed animal with a blue strap hanging on a wood.
Walaupun membesar menjadi mangsa, tapi saya yakin saya membesar dengan keperluan yang cukup, dapur sentiasa ada benda untuk dimakan, pakaian sentiasa cukup untuk dipakai, permainan sentiasa ada untuk berseronok, sentiasa ada pensel untuk menulis di sekolah. But it's not all about the visible things.
Many months ago, saya ada bercinta dengan seorang lelaki yang baru saya kenal 3 bulan, yang kini sudah bergelar bekas pasangan. Mesti kau terfikir, "Laju juga 3 bulan kenal terus bercinta". Lebih kurang begitu juga soalan therapist saya pada mulanya. Saya pun kongsikan dengan dia tentang betapa hebatnya bekas pasangan saya. Dia tanya beza umur kami dan kenapa saya pilih dia untuk jadi pasangan saya.
Dia tanya lagi sebab saya pilih dia selain daripada kematangan dan sikap keterbukaan dia, sebab beza umur kami terlalu jauh katanya. Saya pun jawab, "Sebab dia jauh berbeza dari bapa saya dan semua lelaki yang saya membesar bersama dulu."
Therapist saya angguk dan jawab, "So disebabkan kau ada bapa yang tidak matang dan tidak sikap terbuka, bila seorang lelaki yang lebih tua dari kau kongsi sedikit kasih sayang dari segi emosi dan menerima kau dengan terbuka, terus kau rasa kau cinta dia?"
Saya terdiam sekejap. Suara kecil dalam kepala saya bercakap, "Kau yakin kah kau betul-betul suka dia?".
A table with bottles and cups on it being sun kissed.
Cukuplah dengan pemakanan dan rutin tidur yang tidak sihat, jangan tambah hubungan yang tidak sihat. Proses pemulihan saya dari segala sakit dulu-dulu masih jauh perjalanan dia.
Saya hargai kawan-kawan saya hari ini yang sentiasa terbuka untuk perbualan tentang topik kesihatan mental, perasaan and life in general. Perbualan kritikal begini lah yang tolong saya tengok dari aspek yang berbeza untuk buat keputusan dalam hidup. Yalah, siapa yang mahu rugi dalam hidup kan?
Anyways! I've been practicing grounding techniques lately. Mahu bawa diri bertenang sebentar sebelum memulakan kerja, bacaan, dan aktiviti yang menggunakan otak 🧠. Selain bernafas 3-4-7 dan duduk melutut, saya juga ikut HUSH Collective organising Community Drum Circle. Marilah join! 🤠🗣️