Cover photo for Connor Apulai

#3 Dalam gelap, senyuman kau terasa manis.

Connor Apulai
Hi.
HELLO

This is my 3rd Postcard and thank you for luangkan masa membaca tulisan saya (kenapa kamu masih mahu membaca tulisan saya???) If this is your first time here, welcome welcome.

Saya tanya dia kalau dia makan gula-gula getah, dia bilang ya. Jadi saya offer dia sepotong, dengan senyuman dia ambil sepotong juga. 

Malam itu cuaca terasa panas, saya boleh hidu bau dapur yang melekat pada baju saya selepas balik dari kafe. Abang charter yang saya tumpang seumpama belum makan nasi, muka dia nampak bengis. Si Polan yang duduk di sebelah juga tidak pedulikan kedatangan saya di sini. Jadi saya pun duduk di tepi pintu kereta, mahu kurangkan bunyi annoying daripada gesekan antara badan saya dengan sofa kereta. Sepanjang jalan saya terfikir mau makan apa malam ini, mau buat apa malam ini, mau tengok apa malam ini.
Wearing my black shoes.


Tanpa disedari, pintu kereta di sebelah kiri saya dibuka. Saya angkat kepala untuk tengok siapa yang berani buka pintu tanpa ketuk. Samar-samar pada mulanya sebab lampu lip-lap di jalanan nampak terang, dia buka mulut dan terdengar perkataan 'Hi' keluar seiring dengan pipinya yang terangkat. Saya balas 'Hello' dengan senyuman juga. Dia masuk ke dalam kereta as I was moving to the side. Mulanya, kami bertentang mata beberapa kali dengan berbalas senyuman. Non-verbal commmunication, such a good way to start a conversation, *chef's kiss*
I forgot what was this from.

Selepas Si Polan turun, saya undur ke belah kanan because I am aware of how bad I smell dan di sini lah non-verbal communication kami terputus, dia pun terus sibuk dengan skrin telefon dia. Saya mulanya sudah mahu give up untuk baiki connection non-verbal communication kami, tapi deep down inside, I want to know what's her favourite band, her favourite hair colour, her favourite scent and etc... Dengan beraninya, saya tanya dia kalau dia makan gula-gula getah, dia bilang 'Ya'. Jadi saya offer dia sepotong, dengan senyuman dia ambil sepotong juga. Dia tanya nama saya, apa kerja saya buat, berapa umur saya. Saya pun jawab dan menjadi sebuah cermin yang memantulkan balik soalan itu kepada dia. Bila dia tahu saya seumur tua dari dia, dia senyum dan tekup mulut dia lalu mengangkat tangan kirinya, jadi saya pun balas high-five dia, terasa sejuk tapak tangan dia. Mungkin disebabkan pendingin hawa, atau suhu badan saya yang tinggi kerana degupan jantung yang laju bila duduk dekat dengan dia. Kami bercerita, tidak banyak, tidak kurang, tapi cukup untuk tahu tempat untuk berjumpa lagi nanti.

Sudah dia sampai di rumah, dia turun dan lambai bye-bye kepada saya. Saya senyum dan lambai juga. Dalam gelap, senyuman kau terasa manis atau adakah kemanisan itu datangnya daripada gula-gula getah yang kita kongsi malam ini?